Usahawan bumiputera terkesan banjir boleh jadualkan semula pembayaran

Usahawan bumiputera yang terjejas akibat banjir boleh menjadualkan semula pembayaran pinjaman mereka sekiranya mereka mengambil pinjaman dari agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP). Selain itu penangguhan pembayaran bulanan boleh ditangguhkan sehingga enam bulan

“Bagi usahawan terjejas banjir dan bagi usahawan yang meminjam dari agensi kita, kita ada dasar untuk beri kelonggaran kepada usahawan ini.

“(Mereka boleh memohon) untuk menjadualkan pembayaran atau menangguhkan pembayaran sehingga maksimum 6 bulan,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dalam pertanyaan jawab lisan pagi ini di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (Tenggara-PN) yang bertanya bagaimana kementerian akan memainkan peranan membantu pemulihan usahawan Bumiputera yang terjejas banjir.

Menjawab soalan asal Manndzri berkenaan jaminan pihak kerajaan untuk terus membantu golongan usahawan khususnya usahawan belia, Ewon menjelaskan bahawa kerajaan telah pun memperuntukkan sejumlah RM5 juta bagi membantu 12,450 graduan melalui program anjuran PROTEGE tahun ini.

KUSKOP juga menyediakan RM30 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan sasaran 76,690 graduan dan mahasiswa yang dibantu.

BACA JUGA: Sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini