Usul tergempar Machang ditolak berdasarkan peraturan mesyuarat, duluan

Usul tergempar Machang ditolak berdasarkan peraturan mesyuarat, duluan

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menjelaskan bahawa beliau menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berdasarkan peraturan mesyuarat dan duluan.

“Saya tolak usul ini sebab ada precedent (duluan) iaitu pada Julai 2021… Speaker (ketika itu) Tan Sri Azhar Harun sudah menolak usul dikemuka Beruas dan Port Dickson untuk bincang isu tertentu di bawah 18(1) iaitu isu proklamasi darurat,” jelasnya.

Usul ahli parlimen pembangkang tersebut ditolak berdasarkan peraturan mesyuarat 11(3) untuk menghalang usul yang dikemukakan di bawah peraturan mesyuarat 18(1).

Johari menyatakan bahawa dia tidak berjanji memberi ruang kepada Wan Ahmad untuk bercakap berkenaan usul berkenaan selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSPRMK12).

“Saya sebut (kepada) Arau dan Machang, saya kata selepas itu (akan beri ruang).

“Maksudnya dalam (tempoh) enam hari (persidangan) ini, yang berhormat boleh bercakap,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )