Warga Johor Bahru dijemput “Temu Anwar” Ahad ini

Warga Johor Bahru dijemput “Temu Anwar” Ahad ini

Warga Johor Bahru dijemput untuk bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sessi “Temu Anwr” jam 2 petang Ahad ini.

“Ayuh warga Johor Bahru ikut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan Ahad ini bersamaan 3 September 2023 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,” kata satu kenyataan di Facebook Anwar.

Menurut PM Anwar, seperti kelaziman, peserta yang hadir diberi ruang secara terus untuk bertanyakan apa jua soalan kepada beliau.

“nsya-Allah, ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

“Kita jumpa Ahad ini!” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)