Warisan, BN sokong bentuk kerajaan perpaduan di Sabah

Warisan, BN sokong bentuk kerajaan perpaduan di Sabah

Warisan hari ini menerima baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan perpaduan di bentuk di Sabah.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafei Apdal berkata, semua Adun Warisan setuju dengan cadangan itu.

Cadangan itu turut disokong oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Dalam satu kenyataannya, Bung berkata, cadangan ini mampu meredakan suhu politik di Sabah.

“(Cadangan kerajaan perpaduan) ini dapat menstabilkan politik negeri Sabah ketika ini.

“Saya juga berharap agar Hajiji dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Anwar demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )