Welcome, kata Najib selepas Mahiaddin ke Pejabat SPRM

Ketika tumpuan sedang diberikan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin yang dibawa ke pejabat SPRM hari ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turut menarik perhatian.

Najib membuat hantaran terbaharu menerusi Facebook beliau sejurus pemimpin tertinggi parti Bersatu itu dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

“Welcome,” kata Najib Razak dipercayai memerli bekas Perdana Menteri 17 bulan itu tanpa boleh disahkan siapakah yang membuat komen melalui akaun Facebook Najib itu ketika beliau berada di dalam Penjara Kajang.

Setakat ini, ciapan bekas Presiden Umno tersebut mendapat 13,600 sukaan, 1,400 komen dan 572 perkongsian dalam laman rasminya.

Tulisan Najib mendapat perhatian selepas Mahiaddin di bawa ke pejabat ke pejabat SPRM.

Terdahulu, penahanan badan anti-rasuah itu terhadap Ahli Parlimen Pagoh dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang bernilai RM232 juta.

Selain Muhyiddin, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan juga turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabit projek yang sama atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta, pada 21 Februari yang lalu.

Malah, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad turut dihadapkan di mahkamah atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM6.6 juta membabitkan projek Jana Wibawa.

Program Jana Wibawa dilaksanakan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta membantu kontraktor bumiputera dalam industri pembinaan semasa pandemik Covid-19.

Program khusus kepada pembangunan kontraktor bumiputera tersebut mula dilaksanakan pada 13 November 2020 ketika di bawah pentadbiran Muhyiddin.

 

BACA JUGA Mahiaddin akan didakwa esok

BACA JUGA Mahiaddin tiba di ibu pejabat SPRM