2 ‘Datuk’ direman pagi ini berkaitan Skandal Menara KL

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pengurus kanan bergelar ‘Datuk’ dalam isu berkaitan pengambilalihan Menara Kuala Lumpur dan akan dibawa ke Mahkamah untuk diraman pagi ini.

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan dua Datuk berumur 49 dan 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM petang semalam.

Menurut sumber, salah seorang dari mereka adalah pengurus di Hidroshoppe Sdn Bhd, syarikat yang mengambil alih Menara KL dari TM Malaysia manakala seorang lagi ahli perniagaan yang juga orang tengah dalam pengambilalihan itu, lapor FMT.

“Mereka mendakwa telah meminta rasuah ratusan ribu ringgit dan jam tangan mewah untuk pemimpin atasan untuk membantu pengambilalihan itu,” kata sumber.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman pagi ini.

 

BACA JUGA Menara KL: SPRM sudah panggil 3 saksi, ambil dokumen  

JUGA Syarikat penerima konsesi Menara KL ditentukan kerajaan, dakwa TM

 

Â