2 pengarah direman 4 hari dalam skandal Menara KL

Mahkamah Majistret Putrajaya petang tadi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman selama empat hari kepada dua pengarah terlibat dalam skandal pengambilalihan Menara Kuala Lumpur.

Datuk Abdul Hamid Shaikh bin Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe dan Datuk Tan Ser Lay Ahli Lembaga Pengarah bebas bukan eksekutif MyCreative Ventures dikenakan reman selama empat hari hingga 10 Januari ini

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Penahanan Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd dan MyCreative Ventures oleh SPRM itu dijangka akan mendedahkan bagaimana syarikat pengurusan Menara KL boleh terjual kepada sebuah syarikat kosmetik.

Ini kerana, kedua-duanya dipercayai terlibat secara langsung dalam penjualan Menara KL Sdn Bhd dari TM Malaysia kepada Hydroshoppe.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan dua individu terbabit sebelum ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” tegasnya.

Penahanan kedua-duanya dijangka akan mendedahkan apa berlaku di sebalik skandal ini.

“Arahan siapa saham itu dijual sebelum pelantikan syarikat konsesi mengendalikan Menara Kuala Lumpur dilantik oleh (KKMM) Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan UKAS (Unit Kerjasama Kerajaan dan Swasta)?

“Apa peranan kedua-duanya terhadap menteri pasti bakal terjawab tidak lama lagi,” kata satu sumber.

SPRM telah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL iaitu Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dari TM Malaysia.

Beberapa saksi termasuk pegawai kanan TM, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Digital serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, TM berkata, hajat untuk menumpukan kepada perkhidmatan asas mereka iaitu telekomunikasi telah menjadi sebab mereka menjual kepentingan mereka dalam Menara KL.

Namun, kata TM dalam kenyataan mereka, siapa pihak yang patut mengambil alih konsesi itu ditetapkan oleh kerajaan.

 

BACA JUGA 2 ‘Datuk’ direman pagi ini berkaitan Skandal Menara KL

JUGA Menara KL: SPRM sudah panggil 3 saksi, ambil dokumen  

DAN JUGA Syarikat penerima konsesi Menara KL ditentukan kerajaan, dakwa TM

 

Â