Jumlah skrin tontonan Piala AFF Mitsubishi ditingkatkan kepada 25

Jumlah skrin besar yang akan membolehkan peminat bola sepak menonton aksi pasukan Harimau Malaya menentang Thailand dalam separuh akhir kedua piala AFF Mitsubishi Electric telah dipertingkatkan dari 14 kepada 25.

Pasukan Harimau Malaya akan berdepan dengan kelebihan aggregat 1-0 yang diperolehi pada 7 Jan.

Senarai lokasi untuk menonton perlawanan ini adalah seperti berikut:-

  1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  2. Pekarangan Perbadanan Putrajaya
  3. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
  4. Dataran Starwalk, MBSA, Alor Setar, Kedah
  5. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang
  6. Dataran KTM, Ipoh, Perak
  7. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
  8. Padang Perbadanan MPAJ, Pandan Indan, Selangor
  9. Stadium Kajang, Kajang, Selangor
  10. Dataran Sungai Tua, Batu Caves, Selangor
  11. Pekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor
  12. Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor
  13. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Negeri Sembilan
  14. Dataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pulau Melaka, Melaka
  15. Dataran Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
  16. Taman Kerang, Kuantan, Pahang
  17. Pasar Dinda, Kuantan, Pahang
  18. Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang
  19. Mydin Tanjong, Kota Bharu, Kelantan
  20. Parking Premium UTC, Kuala Terengganu, Terengganu
  21. Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor
  22. Mydin Petrajaya, Kuching Sarawak
  23. Container City, Wireless Walk, Miri, Sarawak
  24. Padang Merdeka,Kota Kinabalu, Sabah
  25. Dewan Arena Bukit Kuda

BACA JUGA: Aksi Malaysia-Thailand malam ini: 14 skrin besar di seluruh negara

Â