Najib yang patut bayar RM5 juta kepada Altantuya

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya membayar denda RM5 juta kepada keluarga Altantuya Shariibuu sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bukannya Kerajaan Malaysia atau pihak lain.

Ini kerana, beliau sendiri yang terlibat secara langsung dalam skandal ini ketika menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Cadangan ini diberikan oleh seorang yang rapat dengan Najib sebelum ini dan tahu apa yang berlaku tentang keluarga Najib.

“Najib yang perlu bayar RM5 juta ini kepada keluarga Altantuya.

“Takkan dengan duit lebih berbilion yang dia miliki dia tidak mahu tanggung beban ini selepas mencemari kerajaan Malaysia dengan skandal ini.

“Kalau dah takda tunai pun, juallah diamond merah jambu Rosmah tu dan lain-lain barang berharga lagi,” kata beliau kepada Harapandaily namun tidak mahu namanya dinyatakan.

Dalam sidang media pada 27 Jun 2018, bekas Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Katanya, sebanyak 12,000 barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis.

Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.

Najib kini menjalani hukuman 12 tahun penjara selepas didapati bersalah dalam kes SRC International.

Pengakuan pembunuh Altantuya yang disiarkan oleh Malaysiakini. – klik untuk lihat berita.

Semalam, Bernama melaporkan, Kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan saman keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lalu manakala Razak pada Selasa.

Peguam Harshaan Zamani yang mewakili keluarga model itu ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan pihaknya telah menerima salinan notis rayuan berkenaan.

“Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 April ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin,” kata peguam itu.

Ibu bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal selaku plaintif memfailkan saman RM100 juta pada 4 Jun 2007 dengan menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar serta Razak dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Pada 16 Dis tahun lepas, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera yang kini hakim Mahkamah Rayuan membenarkan saman itu dan memerintahkan defendan bersama-sama membayar ganti rugi am, teruk dan teladan RM5 juta kepada keluarga berkenaan.

Hakim turut memerintahkan keempat-empat defendan masing-masing membayar kos RM25,000.

Dalam penyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi yang melayakkan mereka menerima ganti rugi teladan dan teruk.

 

BACA JUGA Bukan Najib Hang Tuah, tetapi Rosmah yang ber’tuah’

JUGA ‘Najib ordered me to kill Altantuya’ – Azilah’s shocking allegation from death row