AMANAH Kedah dapat Pengerusi, Ketua Pemuda baharu

AMANAH Negeri Kedah mengambil pendekatan reform bagi memantapkan lagi kepimpinan negeri dan juga pemuda setelah pemimpin sebelum ini dipecat manakala bekas ketua pemudanya Mohd Ridzwan Arshad Ahmad bersama beberapa ahli jawatankuasa pemuda negeri melepaskan jawatan pada tahun lalu.

Kini AMANAH Negeri Kedah diterajui oleh Datuk Dr Ismail Salleh (gambar atas)  yang juga merupakan Adun Pengkalan Kundor apabila dilantik sebagai Pengerusi AMANAH negeri dan Adun Kubang Rotan yang juga merupakan bekas Setiausaha AMANAH negeri, Asmirul Anuar Aris dilantik sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH negeri Kedah yang baru.

Barisan kepimpinan Pemuda AMANAH Kedah yang baharu.

Pemuda AMANAH negeri Kedah juga turut mendapat ketua baharu iaitu Razis Hassan dan Timbalan Ketua Pemudanya ialah Muaz Abdullah.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda 1 pula ialah Mohd Zulfadli Hussin dan Naib Ketua Pemuda 2 pula ialah Mohd Zawawi Mat Isa.

AMANAH memecat Datuk Phahrolrazi Zawawi selepas membuat bantahan terbuka terhadap keputusan AMANAH menukar kerusi Parlimen Jerai dan Alor gajah, Melaka.

Parlimen Jerai diberikan kepada DAP manakala kerusi Alor Gajah diberikan kepada AMANAH yang ditandingi oleh Pengerusi AMANAH Melaka Adly Zahari.

DAP kalah kerusi Jerai namun AMANAH menang kerusi Alor Gajah.

Adly, bekas Ketua Menteri Melaka kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

 

BACA JUGA Pas mengakui terima duit dari pelbagai pihak, termasuk…