Malaysia Madani: Hayati penuh kefahaman, jangan tinggal slogan – Amirudin
Pendekatan Malaysia Madani yang diperkenalkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu difahami dan dihayati secara mendalam agar ia tidak tinggal sekadar slogan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pelancaran konsep itu melalui program wacana dan peluncuran buku menjadi salah satu usaha untuk membentuk kefahaman masyarakat terhadap pembaharuan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau berkata, slogan atau perkataan yang digunakan akan kekal menjadi ‘slogan’ jika ianya tidak difahami dan dihayati.
“Sebab itu saya percaya, permulaan penjelasan tentang Malaysia Madani dengan siri forum dan terjemahan buku adalah satu usaha supaya ia tidak menjadi hanya slogan malah menjadi kefahaman dan penghayatan. Itu menjadi satu citra atau jiwa hati nurani kita.
“Saya percaya anda antara tiang seri penting yang akan menggerakkannya. Penjawat tertinggi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pun pimpinan perlu menghayati aspek yang ingin dibawa, diterjemahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ia bukan (dipanggil) slogan kalau hanya ditampal atau dinyanyikan menjadi lagu tema,” katanya berucap sebagai ahli panel dalam program Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Khamis.
Turut menjadi ahli panel ialah Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Prof Datuk Dr Muhd Nur Manuty; Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Haslinda Abdullah.
Sementara itu, Syed Munawar Syed Mustar pula tampil sebagai moderator.
Perdana Menteri kemudiannya melancarkan konsep ‘Membangun Malaysia Madani’ Â ketika beliau menyampaikan amanatnya di lokasi sama.
Konsep MADANI merangkumi enam tonggak panduan bagi mengemudi negara iaitu Mampan, Sejahtera, Berdaya Cipta, Saling Menghormati, Punyai Keyakinan dan Bersifat Ihsan (MADANI).
BACA: Masyarakat Madani: Pembentukan insan potensi jamin kelestarian