Sokong bawa pekerja asing, tetapi jangan biar mereka bersepah berniaga

Kerajaan diberikan peringatan agar mengawal pekerja asing agar mereka tidak bebas membuat aktiviti lain termasuk berniaga selepas masuk ke negara ini.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, beliau bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk membawa masuk 500,000 pekerja asing ke negara ini untuk membantu masalah ketiadaan pekerja.

“Setuju dengan kemasukan 500,000 pekerja warga asing. No Problem. Kita pun faham keadaan ketiadaan pekerja di sektor-sektor tertentu.

“Walau bagaimanapun, pekerja asing itu jangan ‘bersepah’ berniaga di seluruh negara khasnya Kuala Lumpur.

“Bila ada pekerja berniaga seperti di pasar, kedai runcit dan sebagainya lagi, maka DBKL dan PBT akan dipersalahan,” kata beliau memberikan peringatan.

Nor Hisyam berhadapan soal pendatang asing yang menguasai pasar borong Kuala Lumpur ketika menjadi Datuk Bandar KL.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain adalah pihak yang selalu berhadapan dengan masalah bekerja asing.

Datuk Nor Hisham adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum ia diambil alih oleh Datuk Mahadi Che Ngah.

Ketika beliau menjadi Datuk Bandar, isu yang beliau hadapi adalah soal pendatang asing yang menguasai pasar borong Kuala Lumpur dan juga Selangor.

Mereka didakwa bukan sekadar pekerja bahkan ada juga yang menjadi pemilik premis perniagaan di situ.

Media sosial juga dilambakkan dengan isu pekerja asing yang kini menguasai sesetengah kawasan di Kuala Lumpur.

Mereka mencadangkan agar pekerja asing dibenarkan masuk dalam tempoh tertentu sahaja dan dihantar pulang selepas tamat tempoh tersebut.

Ia bertujuan untuk mempastikan mereka tidak membuat aktiviti lain selain bekerja dalam sektor yang dibenarkan.

Ia boleh berlaku selepas pekerja asing ini tinggal lama di negara ini dan mencari peluang perniagaan dan sebagainya sehingga bersaing dengan penduduk tempatan.

Sejumlah 500,000 pekerja asing dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata kemasukan pekerja asing itu khusus bagi lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

“Mengikut data yang diberikan, saya dapati pekerja asing diperlukan oleh sektor kritikal buat masa ini adalah dalam lingkungan 500,000 orang.

“Bagaimanapun, kita (KSM) akan lihat sekiranya ada keperluan untuk menambah pekerja asing, kita akan tambah tetapi ia tidak boleh melebihi 2.4 juta pekerja asing seperti diperuntukkan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.

 

BACA JUGA Mesyuarat khas setuju penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing