Kerjasama PH – BN kian mekar di Kedah

Jalinan kerjasama Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional kian mekar di negeri Kedah apabila presiden Amanah Mohamad Sabu menghadiri jamuan makan malam bersama pengerusi Umno Kedah Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis anjuran Amanah Kedah turut disertai oleh pimpinan utama parti komponen Pakatan Harapan – PKR dan DAP. Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar turut hadir di jamuan ini.

Mohamad yang juga adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut memberikan ucapan beliau di majlis jamuan tersebut.

Jamuan tersebut diadakan di Alor Setar dan ini adalah kali pertama pimpinan Umno negeri turut sama bersekali dengan pimpinan PH Kedah.

Mahfuz pernah memberitahu Harapan Daily bahawa kerjasama PH dan BN di dalam pilihan raya negeri yang melibatkan enam buah negeri “hampir pasti akan berlaku” dketika ditemu ramah awal bulan ini.

Enam negeri yang dimaksudkan itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

 

BACA JUGA: Kerjasama PH-BN di negeri ‘hampir pasti’