Datuk Seri, pisang bertandan dan orang kampung

Kelmarin, beliau mendahului senarai 164 penerima kurnia Darjah Kebesaran, Bintang dan bersempena Hari Wilayah Persekutuan.

Mohamad Sabu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan memang terkenal sebagai pemimpin yang tidak lokek dengan senyuman selain kebolehannya berjenaka semasa berpidato.

Sesuai dengan pendekatan rahmah yang menjadi gagasan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diterajuinya, Ahli Parlimen Kota Raja itu tetap ramah menyantuni rakyat.

Semasa lawatan kerjanya baru-baru ini di Kedah yang dikuasai Perikatan Nasional (PN), bekas Menteri Pertahanan tersebut sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid An Nur Pokok Sena.

Ketokohan menteri Kabinet berusia 69 tahun itu terserlah sebagai pemimpin veteran Pakatan Harapan (PH) yang disenangi rakyat di akar umbi.

“Keramahan Datuk Seri dengan para jemaah yang hadir dapat dirasai.

“Beliau juga sempat duduk bersembang dengan para jemaah sesudah selesai menunaikan solat Jumaat,” dipetik dari hantaran Facebook rasmi Mohamad.

Mohamad lazimnya dipanggil ‘Abang Mat’ oleh mereka yang lebih muda daripadanya.
Haji Mohamad Sabu dulu menyertai Pas pada tahun 1981 dan bergelar ‘YB’ pada 1990.
Pengerusi Biro Mobilisasi PH ini pernah dua kali ditahan di bawah ISA.

BACA JUGA Mohamad Sabu kini bergelar Datuk Seri