20 pemimpin Bersatu disiasat SPRM, mungkin akaun parti lain juga dibeku

Lebih 20 individu pemimpin Bersatu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala dua akaun parti itu dibekukan.

Semua mereka dipanggil bagi menjelaskan isu wang tunai bernilai RM300 juta yang dipercayai dari Pakej Rangsangan Ekonomi yang diterima parti itu.

“Setakat ini antara 15 ke 20 individu telah SPRM ambil keterangan,” kata sumber SPRM sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia.

Media itu juga melaporkan, kemungkinan akaun sebuah lagi parti politik dibekukan ekoran siasatan terhadap akaun Bersatu itu.

Kata sumber itu, kesemua wang bernilai RM300 juta itu disyaki diterima oleh Bersatu daripada lebih 11 kontraktor yang diberikan projek secara runding terus ketika pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Menjelang kempen PRU 15 lalu, PN sentiasa mendakwa parti mereka bersih dan tidak terlibat rasuah.

 

BACA JUGA SPRM sahkan beku dua akaun Bersatu, siasat sumbangan dianggap suapan

JUGA Peja, tak payahlah buat muka sedih tu, buruk sangat

DAN JUGA Isu ‘sedekah’ PRU, SPRM kenal pasti 90 saksi terima wang dari Pas