Perkasa industri akuakultur, institut pertanian antara fokus MAFS
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan memberikan penekanan kepada lima fokus utama sepanjang tahun ini bertujuan menjayakan agenda keterjaminan makanan negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, lima perkara tumpuan itu antaranya adalah memperkasakan industri akuakultur.
Selain itu katanya, tumpuan juga terarah kepada memperluaskan penternakan lembu fidlot dan juga penanaman jagung bijian.
”Dua lagi perkara yang akan diberikan perhatian adalah penglibatan golongan belia dan memperkasakan institut pertanian,” maklum beliau menerusi satu hantaran di Facebook rasmi, hari ini.
Susulan hantaran berkenaan, warga maya memberikan komen positif terhadap inisiatif yang dilakukan kementerian diterajui Mohamad itu.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Jy Sufi, memuji langkah yang diambil pihak kementerian.
”Terbaik Datuk Seri. Ada nampak hala tuju,” pujinya kepada Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja.
Seorang lagi warga maya, Joey Wong pula berharap agar ditambahkan peruntukan untuk sektor pertanian.
”Terbaik YB Datuk Seri. Semoga lebih peruntukan untuk pertanian. YB Datuk Seri memang the best!,” tulisnya lagi.
BACA JUGA LPP, FAMA diarah cukupkan bekalan sayur