Anwar: Kalau tidak ada angin, takkan pokok bergoyang

Tuduhan penglibatan mantan perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin memberikan kontrak lumayan kepada menantu beliau tidak akan muncul sekiranya ia tidak benar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau bagaimanapun akan membenarkan pihak berwajib untuk menyiasat perkara ini dan memberikan laporan sebagaimana yang sepatutnya.

“Saya tidak rasa perkara ini akan menjadi besar seperti ini sekiranya ia tidak benar. Mungkin ada kebenaran di sebalik dakwaan tersebut, kita tidak tahu. Tunggulah laporannya,” kata beliau kepada wartawan.

Reaksi di atas adalah respon beliau kepada penafian Mahiaddin bahawa Mahiaddin telah meluluskan kontrak bernilai tinggi ketika menjadi perdana menteri.

Muhyiddin mendakwa bahawa beliau tidak terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang diperoleh oleh IRIS Corporation Berhad kerana tender diberikan berdasarkan sistem tender terbuka.

IRIS Corporation dimiliki oleh menantu Mahiaddin.

Beberapa orang telahpun ditahan sebelum ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam usaha siasatan.

BACA JUGA: Kaitan skandal rasuah Adam Radlan dengan Mahiaddin Yassin