Siasatan ke atas penderma Bersatu menunggu tindakan pejabat pendakwa raya

Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sekumpulan kontraktor yang menjadi penderma politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia telahpun disiapkan dan telah dihantar ke pejabat pendakwa raya.

Sumber di SPRM mendedahkan bahawa penderma politik yang menyumbang kepada dana Bersatu telahpun dikenalpasti.

Perkembangan terbaru ini susulan dari penyiasatan SPRM ke atas Bersatu sejurus selepas akaun parti tersebut dibekukan, lapor Utusan Malaysia.

“Setakat ini, kertas penyiasatan yang lengkap sudahpun dihantar ke pejabat timbalan pendakwaraya,” kata sumber.

Pegawai penyiasat SPRM dan timbalan pendakwaraya akan menentukan samada ada kes untuk didakwa ke atas para kontraktor tersebut.

“Bukan semua dari mereka terlibat dalam penyiasatan RM300 juta yang diperoleh oleh parti dan digunakan semasa kempen pilihanraya.”

Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan penglibatan presiden parti, Tan Sri Mahiaddin dan parti politik lain.

Nama mereka yang disyaki akan diputuskan tidak lama lagi.

Sumber turut menyatakan bahawa fokus utama mereka ialah wang ssebanyak RM 300 juta yang mengalir masuk ke akaun Bersatu.

Pembekuan akaun Bersatu diumumkan oleh ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada 1 Feb. Siasatan ke atas akaun parti Bersatu dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 .

Akaun tersebut dibekukan ekoran dari siasatan ke atas penggunaan dana berjumlah RM600 bilion yang sepatutnya digunakan untuk pandemik Covid-19 ketika pentadbiran Tan Sri Mahiaddin.

BACA JUGA: Kaitan skandal rasuah Adam Radlan dengan Mahiaddin Yassin