68 % ventilator yang dibekalkan ke hospital tidak boleh digunakan

Sebanyak 93 daripada 136 unit atau 68 peratus ventilator yang dibekalkan syarikat kepada fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) antara 2020 hingga April 2022 ketika pengurusan Covid-19, tidak dapat digunakan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata ia menyebabkan kerugian dianggarkan sejumlah RM13.07 juta.

Turut didapati dalam audit yang dibuat terhadap aktiviti KKM itu adalah lebihan alat pelindungan peribadi (PPE) yang ketara dengan nisbah penggunaan antara 2.2 peratus dan 3.1 peratus masing-masing membabitkan sarung kasut dan sut PPE.

Katanya, ia berbaki sebanyak 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE.

Ventilator adalah alat yang paling penting untuk digunakan oleh pesakit Covid-19 ekoran masalah utama pesakit ini adalah kesukaran bernafas.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 36,387 rakyat negara ini meninggal akibat Covid-19 sehingga 5 Oktober 2022.

Dari jumlah itu, 28,648 mati di hospital manakala 7,739 lagi mati sebelum di bawa ke hospital (BID).

 

BACA JUGA Jangan lepas peluang buat saringan kesihatan percuma bernilai RM3,000

Â