Mahiaddin disoalsiasat SPRM semalam

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Mahiaddin Yassin telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ekoran dari pemberian projek kerajaan kepada salah seorang anggota keluarganya ketika beliau menjadi perdana menteri.

Mahiaddin yang kini Ahli Parlimen Pagoh menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak Mac 2020 hingga Ogos 2021 telah dipanggil ke ibu pejabat SPRM semalam di Putrajaya, lapor akhbar bahasa Inggeris, The Star.

Sumber yang dipetik berkata penyiasatan ke atas Mahiaddin adalah berkaitan dengan dana bernilai RM300 juta yang disalurkan ke dalam akaun parti Bersatu sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan Covid-19.

Siasatan ke atas Bersatu hampir selesai dan laporan tersebut akan diberikan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Muhyiddin sebelum ini pernah menafikan penglibatannya di dalam pemberian projek. Beliau mendakwa bahawa tuduhan tersebut berniat jahat.

Pada minggu lalu, SPRM juga dilaporkan meneliti pemberian kontrak bernilai RM1.2 bilion berkaitan jabatan imigresen kepada sebuah syarikat teknologi maklumat yang dimiliki menantu mantan perdana menteri dalam bulan Mei tahun lalu.

BACA JUGA: PKP yang panjang, Mahiaddin dapat laba, 1,660 rakyat bunuh diri

Kaitan skandal rasuah Adam Radlan dengan Mahiaddin Yassin