Periksa kesihatan percuma di Gombak, Puncak Alam hujung minggu ini – Exco

Exco kesihatan awam, Dr Siti Mariah Mahmud mengajak orang ramai di kawasan sekitar Kuala Selangor dan Gombak melakukan saringan kesihatan percuma yang diadakan pada hujung minggu ini.

“Jalani saringan kesihatan segera,” katanya dalam kenyataan dikongsi di Facebook.

Program Selangor Saring Fasa 1 dijadual diadakan di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, Hulu Kelang pada 25 Februari ini (Sabtu) dan Dataran Esplanade Ecoword (Dataran Eco Grandeur), Puncak Alam, Jeram pada Ahad (26 Februari).

Proses saringan yang bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang melibatkan pemeriksaan penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Selain itu, ia turut libatkan saringan kanser kolorektal, prostat, serviks dan payu dara.

Turut diperiksa berkaitan masalah mata membabitkan rabun, glaukoma dan retina. Gigi, teliga dan fisioterapi juga disaring.

Pada 15 Februari lalu, Dr Siti Mariah mengumumkan kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan program Selangor Saring tahun ini untuk melaksanakan pencegahan penyakit melalui saringan dan pengesanan awal.

Menerusi peruntukan keseluruhan berjumlah RM 2.6 juta, bagi pelaksanaan Selangor Saring dengan sasaran seramai 31 ribu penerima manfaat di kesemua 56 DUN di negeri ini.

Program Selangor Saring yang dilaksanakan pada tahun lalu telah menerima lebih 20,000 pendaftaran dan berjaya mengenal pasti 49 peratus kes yang memerlukan tindakan susulan, konsultasi dan rawatan lanjut.

Bagi tahun ini, kerajaan negeri memperluaskan skop perkhidmatan kepada tiga kategori iaitu saringan telinga, pemeriksaan gigi dan perkhidmatan fisioterapi selain saringan asas yang lain.

Berikut cara mendaftar program Selangor Saring:

1. Download aplikasi Selangkah
2. Tekan butang Selangor Saring
3. Isi borang soal selidik
4. Pilih lokasi dan tarikh di atas

Jika terdapat sebarang masalah, hubungi:
Talian Hotline Selcare 1-800-22-6600
Khidmat sokongan Selangkah https://t.me/SELANGKAHMY_bot

BACA JUGA: Jangan lepas peluang buat saringan kesihatan percuma bernilai RM3,000