Pembangunan sosioekonomi masyarakat India berasaskan Malaysia Madani

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali berkata bahawa pembangunan sosioekonomi masyarakat India akan dijalankan selaras dengan dasar Malaysia Madani dan bukannya Malaysian Indian Blueprint yang dibangunkan pada tahun 2018.

“Kerajaan akan melaksanakan pembangunan sosioekonomi untuk masyarakat India berdasarkan falsafah pembangunan yang holistik, berpandukan keprihatinan etika dan sosial serta berasaskan keadilan dan kebajikan sepertimana yang telah digariskan dalam
dasar Malaysia MADANI.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada V Ganabatirao (Klang-PH) yang bertanya perihal .

“Usaha pembangunan sosioekonomi tersebut adalah selaras dengan teras Malaysia MADANI iaitu Membina Semula Ekonomi dan Menjamin Kesejahteraan Semula Insan yang akan dilaksanakan secara bersepadu berdasarkan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK 12), Bab 5, Strategi B3 iaitu meningkatkan taraf hidup isi rumah India berpendapatan rendah,” tambah Armizan.

BACA JUGA: Siswazah menganggur di Malaysia 41,467 orang