Prinsip dalam ASEAN tidak bererti anggota ASEAN berdiam diri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keperluan prinsip konsensus dan tidak campur tangan dalam ASEAN tidak bermakna negara-negara Asia Tenggara boleh memilih untuk berdiam diri.

“Konsensus tidak bermakna ASEAN perlu berdiam diri terhadap perkembangan di negara anggota yang memberikan kesan kepada rantau yang lebih besar terutamanya apabila ada pelanggaran ke atas Piagam ASEAN oleh negara anggota.”

“Secara jujurnya saya percaya prinsip tidak campur tangan bukan lesen untuk tidak berbuat apa-apa. Oleh itu saya mencadangkan agar Myanmar dikeluarkan dari ASEAN.”

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang bertajuk 30 Tahun Selepas The Asian Renaissance: Pengajaran Strategik untuk Asean yang disampaikan selepas menerima ijazah darjah kehormat Doctor of Law dari Universiti Filipina.

Anwar yang mengulangi seruan agar Myanmar dikeluarkan dari pertubuhan serantau tersebut menyatakan bahawa perkara tersebut perlu dibuat demi keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Anwar membuat seruan tersebut pada kali pertama ketika lawatan rasmi beliau ke Bangkok, Thailand pada bulan lalu.

Beliau turut menekankan kepentingan keadilan, moral dan belas kasihan dalam konteks kemajuan ekonomi menerusi perjanjian perdagangan bebas.

Beliau mendapat ijazah kehormat di atas dalam lawatan rasmi pertama beliau sebagai perdana menteri ke Filipina.

BACA JUGA: Anwar: ASEAN perlu pecat Myanmar buat sementara waktu

Ketokohan diiktiraf, Anwar terima ijazah doktor kehormat Universiti Filipina

Â