Anwar: Asean perlu pecat Myanmar buat sementara waktu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) memecat keahlian Myanmar ketika memberikan ucaptamanya di dalam forum Masa Depan Asean di Bangkok, anjuran Dewan Perdagangan Malaysia-Thai.

Seruan ini dibuat ekoran daripada konflik berpanjangan dan kekejaman yang dihadapi oleh kumpulan etnik minoriti seperti Rohingya yang turut memberi kesan kepada ahli Asean.

“Kita perlu keluarkan Myanmar buat masa ini dan saya tidak rasa isu Myanmar akan melengahkan gerakan kita. Ia ideal sekiranya kita mempunyai kata sepakat secara konsensus untuk memberi mesej kukuh kepada rejim Myanmar.

“Anda (Myanmar) mepunyai hak untuk menentukan dasar domestik dan kepentingan sendiri tapi tiada negara pada masa kini yang wajar meneruskan dasar diskriminasi, meminggirkan rakyat, menimbulkan ketakutan dan lebih teruk lagi menjadi punca keganasan ke atas rakyat sendiri,” kata Anwar.

“Saya harap peluang ini akan diambil. Untuk berlaku adil, Asean di dalam rundingan diplomasinya turut mengulangi pendiriannya tetapi tidak berguna.”

Beliau turut menegaskan peri pentingnya untuk Asean kekal bebas dan tidak menyukai campurtangan luar, baik negara kuasa besar seperti Amerika dan negara Eropah mahupun organisasi antarabangsa.

Untuk meneruskan tradisi ini, Anwar berkata bahawa negara anggota Asean perlu memastikan sistem negara masing-masing diperkemaskan sebelum membenarkan pihak luar campurtangan di rantau ini untuk mengatasi krisis yang ditimbulkan oleh junta Myanmar ke atas rakyatnya.

“Malaysia sendiri berdepand dengan masalah 200,00 pelarian, kebanyakannya Rohingya, meskipun ada pelarian lain dari Myanmar. Kita sedang berunding dengan mereka. Kita telah berbuat demikian selama 40 tahun.

“Apa yang kita buat ada hadnya. Sebagai pemimpin termuda, saya merayi agar kita boleh bergerak lebih lanjut kerana kita tidak mahu [ihak luar seperti Amerika dan Eropah mengarahkan kita.  Kita perlu berani menyelesaikan perkara ini.”

Tentera Myanmar merampas kuasa parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan pejuang demokrasi Myanmar terkenal, Aung San Suu Kyi pada 1 Feb 2021.

Darurat dikuatkuasakan selama setahun sebelum kuasa dipindahkan kepada ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing.

BACA JUGA: Kembangkan hubungan Malaysia – Thailand dalam bidang lain