RUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Mohd Said menyatakan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

“Pemberian kuasa autonomi kepada Parlimen melalui penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen ini adalah amat penting dan merupakan satu progres yang baik dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dan badan eksekutif.

“Memorandum Jjemaah menteri mengenai perkara ini akan dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat,” kata Azalina.

Beliau berkata begitu dalam jawapan bertulis kepada Wong Kah Woh (Taiping-PH).

Wong Kah Woh merupakan bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)

Seterusnya, ahli Jawatankuasa Pemilih yang telah diluluskan oleh Majlis Dewan Rakyat akan meneliti cadangan berkaitan jawatankuasa pilihan khas parlimen dan peranannya.

Akta Perkhidmatan Parlimen telah ditamatkan sebelum ini di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dekad 1990-an.

Yang DiPertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Fadillah Yusof telahpun menyatakan komitmen mereka untuk merealisasikan akta yang baru demi kebebasan parlimen.

BACA JUGA: Reformasi parlimen dengan Akta Perkhidmatan Parlimen
Akta Perkhidmatan Parlimen akan kembali