Mahiaddin sah ditahan SPRM

 

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin ditahan pada jam 1 tengah hari tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menerusi kenyataan sebentar tadi.

Mahiaddin ditahan selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

Dalam masa sama, SPRM turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Presiden Bersatu berkenaan bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

BACA JUGA Welcome, kata Najib selepas Mahiaddin ke Pejabat SPRM