Di Parlimen Pas bantah LGBT, bagaimana sikap terhadap Azmin?

Pas perlu menjelaskan sikap mereka apakah mereka menerima Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pemimpin mereka di dalam Perikatan Nasional (PN) ekoran isu LGBT.

Ini kerana, begitu ramai Ahli Parlimen Pas yang sangat bimbang dengan pengaruh LGBT padahal sebelum ini Azmin adalah salah seorang yang didakwa mempunyai kelakuan sedemikia.

Ia berdasarkan video yang tular sebelum ini dan salah seorang yang terlibat dalam video itu, Haziq Abdullah, mengaku bahawa lelaki di dalam video berkenaan adalah beliau.

Video mengenai Azmin yang disiarkan oleh KiniTV.

 

Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihak yang menghasilkan video itu menerima upah ratusan ribu ringgit, bertujuan mengaib dan menjatuhkan maruah individu tertentu.

“PDRM sudah menerima hasil analisis dijalankan CyberSecurity Malaysia (SyberSecurity) ke atas video yang dimaksudkan.

“Kebarangkalian video itu tulen (authentic) adalah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, pada pertengahan 2019 lalu.

Walaupun polis berkata bahawa video itu tulin tetapi oleh kerana Azmin berkata ia kelabu, maka jadilah ia kelabu dan tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas aktor dalam video tersebut atau pembuatnya yang mendapat upah ratusan ribu itu.

Semalam, bekas timbalan menteri dari Pas, Ahmad Marzuk Shaari (PN-Pengkalan Chepa) menyifatkan gaya hidup komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai songsang dan di luar batasan kehaiwanan.

“Bila sebut tentang LGBT, saya yakin manusia yang normal, akal pemikiran yang betul tidak akan menyokong LGBT ini.

“Kalau ada yang bercakap ini adalah hak human rights, ini bukan manusia.

“Perbuatan songsang seperti ini melepasi batasan kehaiwanan, lembu jantan sama jantan takkan kahwin, lembu betina dengan betina takkan kahwin, itu haiwan, ini kan pula manusia,” katanya ketika mmebahaskan Indeks Perpaduan Nasional di Dewan Rakyat hari ini.

Lembu jantan dengan lembu jantan ini bukan macam video Haziq itu ke. LGBT maknanya lesbian, gay, bisexual dan transgender.

Isunya sekarang adalah, apakah Pas kekal mengiktiraf Azmin sebagai pemimpin mereka dan menerima jika beliau dilantik sebagai bakal menteri besar Selangor sekali lagi jika PN menang di Selangor, sedangkan dalam masa yang sama para wakil rakyat mereka menyerang LGBT di dalam Dewan Rakyat.

Kalau itu sikap Pas, jadilah ia cakap tidak serupa bikin sebagaimana mulut pemimpin Pas berkata mereka tolak rasuah tetapi apabila perasuah didakwa, mereka mendoakan keselamatan mereka pula.

Atau sememangnya Pas bersikap begitu. Jika Pas juga mendapat manafaat dari duit itu, maka ia bukan lagi rasuah tetapi sudah bertukar menjadi sedekah dan halal.

 

BACA JUGA Azmin, telur India dan Haziq

JUGA Tuduhan Azmin usaha bela Mahiaddin melalui pintu belakang