Azmin, telur India dan Haziq

Saya tergelak sorang-sorang apabila membaca tajuk berita Harapan Daily yang diviral dalam group whatsapp yang saya ada dalamnya.

Sebelum ini saya tidak pernah tahu pun adanya portal berita bernama Harapan Daily ini, tetapi bila berita tu disebarkan, saya tergelak sampai terguling-guling membaca tajuknya.

Tajuk berita itu “Tuduhan Azmin usaha bela Mahiaddin melalui pintu belakang”. Yang kelakarnya ‘pintu belakang’ tu. Macam kerajaan sebelum nilah yang merampas kerajaan Pakatan dahulu melalui pintu belakang walaupun Haji Hadi kata bukan pintu belakang tetapi tebuk atap.

Yang lagi saya tergelak, isu yang Azmin mainkan adalah ‘telur dari India’. Ehh seriau saya bila dia mainkan telur dari India ini.

Ini kerana, sebelum ini, dia adalah juga dikatakan suka main telur ni. Tetapi bukan telur Indialah. Telur lain.

Walaupun pemilik telur lain tu, Haziq Abdullah mengaku membuat video itu, tetapi Min kata video itu kelabu. Bila Min kata kelabu, maka jadilah kelabu video tu. Tiada tindakan diambil terhadap beliau walaupun budak yang bernama Haziq tu membuat pengakuan bervideo bahawa dialah dalam video itu.

Marah sungguh Lokman Noor Adam, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, bila pihak polis kata lelaki di dalam video itu tidak dapat dicam. Padahal dia sudah mengembara sampai ke Indonesia mencari pakar untuk membuktikan siapa dalam video itu.

Berita yang disiarkan oleh Harian Metro Julai 2019 lalu.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihak yang menghasilkan video itu menerima upah ratusan ribu ringgit, bertujuan mengaib dan menjatuhkan maruah individu tertentu.

“PDRM sudah menerima hasil analisis dijalankan CyberSecurity Malaysia (SyberSecurity) ke atas video yang dimaksudkan.

“Kebarangkalian video itu tulen (authentic) adalah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, pada pertengahan 2019 lalu.

Walaupun polis kata video itu tulin tetapi Min kata ia kelabu. Maka jadilah ia kelabu.

Saya ni dulu penyokong kuat dialah. Hampir setiap kali pilihan raya, sayalah tukang tampal poster dan naikkan bendera untuk Min nih.

Tetapi bila dia khianat, saya tak sokong dia lagilah. Sebenarnya sejak Langkah Kajang dalam usaha nak tukar MB Selangor lagi, pak cik sudah risau tentang dia ni. Pandai dan cekap.

Ketika DS Anwar duk usaha nak tukar TS Khalid sebagai MB dulu, tidak semena-mena dia pula yang angkat sumpah sebagai MB. Cekap sungguh.

Sejak itulah pak cik sebenarnya risau je tentang Min ni.

Jadi bila Harapan Daily buat tajuk, “Tuduhan Azmin usaha bela Mahiaddin melalui pintu belakang”, pak cik sendiri risau juga sebenarnya dan tertanya-tanya apa sebab Min kuat sangat bersuara sekarang sehingga sanggup menghina pasukan keselamtan yang membuat kawalan di luar pejabat SPRM ketika Mahiaddin ditahan. Padahal sebelum ni kata nak berehat dari politik doh.

Bila saya tanya kawan-kawan kat kedai kopi simpang Sungai Pusu tu, apa ceritanya di belakang berita ni, mereka kata, Min sudah nampak laluan untuk buat ‘Come back’.

“Pak Mat. Sebenarnya Min nak jadi MB Selangor kembali. Jadi masa bos dia kena ni, dia kena ambil kesempatanlah untuk tonjol diri,” kata Haji Lah misai tebal tu.

“Ohh begitu rupanya. Baru aku faham, apa tujuannya,” saya menjawab kata Haji Lah itu.

Mereka juga buat mainlah, yang mana sedap ye, telur India ke talur yang satu lagi tu sambil ketawa berdekah-dekah.

Jadi sekarang, sebenarnya Min sedang usahalah untuk menjadi calon bakal MB Selangor. Poster boy lah katakan. Lagipun, mereka kata PN berpeluang untuk menang kali ni.

Maklumlah, Pas mempunyai penyokong yang ramai di Selangor dan menyokong kuat PN yang bersih dan best nih. Cuma kalau Min jadi MB kembali, macamana ye kedudukan Pas.

Di mana Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi nak duduk ye sebab Pas sebelum sudah berkata, Dr Yunus antara calon yang layak untuk menjadi MB Selangor.

Ke jadi tukang sorak je…

 

Pak Mat
Sungai Pusu

 

BACA JUGA Tuduhan Azmin usaha bela Mahiaddin melalui pintu belakang

JUGA Orang politik jangan jadikan masjid pentas ceramah, kempen – Sultan Selangor