Tiada laporan dari Pasukan Petugas Dasar-UEC (PPD-UEC)

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa kementeriannya tidak menerima sebarang laporan dari Pasukan Petugas Dasar-UEC (PPD-UEC) berhubung kait dengan isu pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Berdasarkan terma rujukan PPDUEC, tempoh untuk mengemukakan laporan kajian kepada KPM adalah tiga hingga enam bulan bermula 29 November 2018,” kata Fadhlina dalam jawapan bertulis kepada Nazri Abu Hassan (Merbok-PN).

“Tempoh kajian telah dilanjutkan sebanyak enam kali sehingga tamat pada 29 Februari 2020. Walau bagaimanapun, sehingga tarikh akhir tersebut PPDUEC masih belum menyerahkan laporan kajian berkenaan,” kata beliau.

“Memandangkan tempoh kajian tidak dilanjutkan dan telah tamat, maka keanggotaan PPDUEC juga tamat secara automatik pada tarikh yang sama,” tambah beliau.

Pasukan tersebut ditubuhkan dalam tahun 2018.

Dalam pada itu, kementerian mengekalkan pendirian tidak mengiktiraf UEC.

BACA JUGA: Kementerian Pendidikan tidak iktiraf UEC