Ketegasan menteri DAP dalam isu LGBT wajar dipuji

Pas dan penyokongnya mesti terkejut ‘beruk’ apabila parti yang paling dibenci dan selalu menjadi sasaran pemimpinnya iaitu DAP kini dilihat paling tegas menolak LGBT.

Dalam jawapan ringkas kepada soalan wartawan berkaitan dengan konsert Thai Hot Guys yang menjadi isu yang dijaja Pas sekarang ini, Menteri Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempoatan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan tidak menyokong LGBT.

Katanya, kerajaan tidak akan menyokong program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ini.

“Kementerian tidak menyokong LGBT. Ini adalah dasar kerajaan. Saya harap ia tidak dijadikan isu. Mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan dasar kerajaan, tindakan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang,” kata beliau kepada wartawan.

Ketegasan menteri dari DAP ini wajar mendapat pujian pelbagai pihak.

Sebelum ini, poster yang tular berhubung pembukaan bar itu menyaksikan sekumpulan lelaki warga Thailand berbadan sasa mengenakan pakaian wanita.

Kelab malam Privacy hanya mendapat lesen sebagai restoran.

Penganjuran acara ‘Thai Hot Guys’ itu dijadual berlangsung di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.

Bagaimanapun, penganjuran acara tersebut telah menerima tentangan hebat termasuk dari parti-parti dalam kerajaan iaitu AMANAH, PKR dan juga Umno dan ia telah dibatalkan.

Faktanya adalah:-

1. Program ini dibuat tanpa lesen atau kebenaran mana-mana badan kerajaan.

2. Premis ini cuma mempunyai lesen restoran atas nama Beijing 9 Sdn Bhd sejak 2021.

3. Premis ini beroperasi tanpa lesen setelah lesennya tamat

Selepas program tanpa lesen ini diketahui, kerajaan telah mengambil tindakan.

Yang menjadi isu sebenarnya adalah premis ini telah mengadakan Grand Opening mereka pada 23 dan 24 September 2022 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah negara dengan perdana menterinya adalah Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Apa yang Pas buat ketika itu. Apa yang Menteri Agama dari Pas yang buat ketika itu?

Menurut seorang aktivis sosial media, Adrian Lim Chee En, Privacy Tun Razak ialah premis yg menjemput “Thai Hot Guys” rupa-rupanya dibuka sejak 23 September 2022.

“PN Menteri Agama pada ketika. PN Menteri Dalam Negeri pada ketika itu,” kata beliau.

Katanya, selepas PN hilang kuasa dan Kerajaan Perpaduan mengambil alih barulah sekarang orang ramai sedar bahawa:

1. Premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan
2. Premis berkenaan cuma mempunyai lesen restoran di bawah Beijing 9 Sdn Bhd
3. Premis berkenaan punya lesen restoran telah tamat tempoh sejak Februari 2021
4. Premis berkenaan beroperasi tanpa lesen selama ini

“Maka Kerajaan Perpaduan pun mengambil tindakan,” katanya.

Tetapi, soal beliau, pembangkang sekarang semasa berkuasa buat apa?

“Yam seng dengan LGBT yam seng dengan tauke kelab malam kah?” tanya beliau.

Poster yang disebarkan bagi membayangkan sikap Pas dan penyokong mereka.

Pas nampaknya sentiasa menyalahkan kerajaan dengan apa yang berlaku di negara ini.

Tetapi ketika Kedah Fesyen Week menampilkan pertunjukan yang menjolok mata, pihak penganjur dipersalahkan oleh kerajaan.

Begitu juga ketika anak muda menari di depan Masjid Zahir, Alor Setar.

 

BACA JUGA “Hutang minta Pusat bayar, duit buat beli Mercedes”

JUGA (RENCANA FOTO) Wajah tenang Anwar ketika tunai umrah di Mekah