Pindaan Akta 355 dan akta baru demi pemerkasaan mahkamah syariah
Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] bersekali dengan satu cadangan akta baru, Rang Undang-Undng Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan akan dibentangkan demi pemerkasaan sistem mahkamah syariah, umum Menteri Hal Ehwal Agama, Naim Mokhtar.
Pindaan dan rang undang – undang baru tersebut akan dibentangkan selepas mendapat persetujuan jemaah kabinet, tambah Naim dalam jawapan bertulis kepada Aminolhuda Hassan (Sri Gading-PH).
Pindaan ke atas Akta 355 pernah dibawa oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang persendirian beberapa kali tetapi ia tidak sempat diangkat oleh kerajaan terdahulu.
Pindaan yang dibawa oleh beliau juga meliputi peningkatan hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah.
BACA JUGA:Â Ahli politik tidak dibenar beri kuliah, khutbah di masjid, surau Terengganu
Â