Anwar perkukuh hubungan dengan OIC, IDB dan ahli perniagaan di Saudi

Pemergian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi kali ini dijangka akan memberikan manafaat besar kepada negara, samada dari segi hubungan antarabangsa dan juga ekonomi.

Selain berjumpa pemimpin Arab Saudi, PM Anwar telah bertemu dengan pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diketuai Setiausaha Agungnya, Tuan Yang Terutama Hussein Brahim Taha di Makkah (GAMBAR ATAS).

Dalam pertemuan itu, pelbagai isu yang dibincangkan antaranya isu negara Palestin, Afghanistan, Islamophobia, proses rundingan damai selatan Thai dan Filipina serta beberapa permasalahan lain yang dihadapi umat islam saat ini.

“Dalam pertemuan itu saya tegaskan Malaysia akan mencari jalan bersama OIC bagi menangani isu penindasan terhadap rakyat di Palestin.

“Malaysia juga akan memainkan peranan sebagai anggota OIC yang aktif dalam mendepani isu dihadapi umat Islam seluruh dunia,” kata Anwar.

Anwar juga menggunakan sepenuhnya hubungan baik beliau dengan Presiden Turki, Reccip Tayyib Erdogan apabila berkata, Turkiye dan Malaysia akan bersama-sama ketengahkan isu Islamophobia supaya difahami masyarakat antarabangsa.

Bergambar dengan pemimpin Islamic Development Bank.

PM Anwar juga mengadakan pertemuan bersama pihak Islamic Development Bank (IsDB) dan komuniti perniagaan Arab Saudi.

Dalam ucaptamanya, Anwar menyeru komuniti perniagaan di Arab Saudi supaya bersama meningkatkan pelaburan di Malaysia.

“Saya tegaskan bahawa Malaysia kini di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang stabil dan komited kepada pembaharuan.

“Kami juga beriltizam untuk memudahkan urusan perniagaan di Malaysia dengan melakukan pembaharuan yang menyokong perniagaan yang selaras dengan agenda MADANI,” katanya.

Anwar bertemu dengan kepala pemain industri dan perniagaan di Saudi.

Anwar juga mengadakan sesi pertemuan bersama kepala industri perniagaan yang terlibat dalam sektor perdagangan serta pelbagai sektor strategik Arab Saudi.

“Sekali lagi saya menyeru mereka untuk melabur di negara kita serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat di Malaysia dan kerajaan komited untuk memudahkan setiap urusan ini.

“Saya juga galakkan mereka untuk melabur dalam bidang yang menjadi keutamaan Malaysia iaitu teknologi digital, sekuriti makanan dan infrastruktur.

“Semoga usaha ini dapat perkukuhkan lagi kerjasama Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

 

BAC JUGA  (RENCANA FOTO) Wajah tenang Anwar ketika tunai umrah di Mekah