Rancangan peningkatan caruman Perkeso sebagai pencen warga emas akan diperhalusi

Kementerian Sumber Manusia akan memperhalusi perancangan meningkatkan kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya ia menjadi skim pencen warga emas bagi mereka yang mencapai umur persaraan.

“Ini bertujuan bagi mengelakkan kemiskinan dalam kalangan warga emas dengan izin, old age poverty dan secara tidak langsung, memastikan pekerja sektor swasta memiliki jaringan keselamatan selepas meraka mencapai usia 60 tahun,” kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dalam jawapan bertulis beliau kepada M Saravanan (Tapah-BN).

Sebarang perubahan dalam pemberian faedah kepada pekerja akan dibincangkan dengan pemegang taruh dalam sesi libat urus yang akan turut membabitkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Kadar caruman Perkeso boleh dilihat di sini 

BACA JUGA: Lebih 3 juta suri rumah bakal terima manfaat keselamatan sosial