Tun Mahathir mengapi-apikan sentimen perkauman melalui Proklamasi Melayu, dakwa Zunar

Kartunis terkenal, Zunar mendakwa penasihat parti Putera Tun Dr Mahathir Mohamad mengapi-apikan sentimen perkauman menerusi perhimpunan Proklamasi Melayu. Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan pada 19 Mac tapi dibatalkan.

“Bagaimana kita lihat mengapi-apikan? (Ini kerana) sebelum pertemuan lagi Mahathir tiba-tiba membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri tidak pernah tolong orang Melayu,”katanya ketika dihubungi Harapan Daily, baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan yang tegas dalam isu perkauman adalah satu langkah yang tepat bagi menjamin kestabilan negara.

Malah, menurutnya, negara-negara di Barat yang mementing hak kebebasan juga tidak berkompromi dalam isu-isu sensitif terutamanya isu perkauman dalam karya seni mereka.

“Kerana jika ia (bangkitkan isu perkauman dan agama) tidak dibendung, dibimbangi akan memecah belahkan negara sehingga menimbulkan kekacauan, menganggu menstabilkan serta menyebabkan ekonomi merosot, jadi ini sesuatu yang kita tidak boleh terima,” katanya.

Beliau menafikan tohmahan Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam pembatalan perhimpunan tersebut.

“Anwar tidak pernah menghalang perhimpunan-perhimpunan dan beliau terbuka untuk dikritik.

“Silakan (jika) Mahathir (mahu) melakukan apa-apa pertemuan atau perhimpunan tapi bukan untuk tujuan mengapi-apikan.

Kartunis terkenal Zunar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam pembatalan perhimpunan Proklamasi Melayu yang sepatutnya diadakan pada 19 Mac lalu.

Beliau menegaskan bahawa tindakan penguatkuasa menghalang pihak yang mencetus api perkauman bukan satu tindakan diktator.

Menurutnya, sesiapa sahaja terbuka untuk mengadakan apa-apa himpunan, namun jika ianya menyentuh sensitiviti perkauman, ia tidak boleh dibiarkan.

BACA JUGA: Dr Mahathir diktator yang pecat ketua hakim negara