Pakatan Harapan Pulau Pinang mesyuarat persiapan PRN 2 April

Pakatan Harapan Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat sebagai persiapan ke arah pilihan raya negeri pada 2 April.

Semua pimpinan Pakatan Harapan peringkat negeri akan menghadiri mesyuarat ini untuk membincangkan kerjasama sesama komponen PH sebelum rundingan dilangsungkan dengan Barisan Nasional Pulau Pinang.

“Tarikh mesyuarat PH pusat belum dimuktamadkan… kami akan mengadakan mesyuarat di peringkat negeri dahulu pada hari Ahad, 2 April,” umum Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sejurus selepas merasmikan Bazaar Ramadan Prangin Mall semalam.

Chow ialah Adun Padang Kota sejak 2008 dan Ahli Parlimen Batu Kawan.

Pulau Pinang adalah salah satu dari enam negeri yang akan menyaksikan pilihan raya negeri tahun ini. Negeri lain yang turut terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

BACA JUGA: Sekilas pandang: PRN Pulau Pinang