Konvensyen Kerajaan Perpaduan julung kali menjelang PRN

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang bakal julung kali diadakan pada 14 Mei nanti akan meningkatkan keserasian kepimpinan parti gabungan dari pelbagai peringkat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjuran konvensyen itu akan melibatkan kepimpinan pelbagai parti dari peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri, bahagian, Negeri dan Nasional.

“Walaupun Sekretariat Kerajaan Perpaduan telah mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali, tetapi konvensyen ini adalah bagi mewujudkan keserasian di semua peringkat.

“Kami perlu wujudkan persefahaman baik antara pemimpin dan ia akan diikuti ke peringkat akar umbi,” lapor Bernama.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata demikian kepada media di Majlis Sentuhan Ramadan di Masjid Jamek Al-Islah Pokok Tampang di Tasek Gelugor hari ini.

BACA JUGA Kerajaan Perpaduan semakin kukuh