Pengerusi PH dan BN negeri akan bincang agihan kerusi di Pulau Pinang

Agihan kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang diserahkan kepada rundingan antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, kata Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 berkata, Umno dan BN akan menawarkan persahabatan dengan PH Pulau Pinang supaya jalinan sedia ada dapat diteruskan sehingga tamat tempoh pemerintahan kerajaan Pusat sedia ada.

“Formula agihan kerusi PRN negeri Pulau Pinang diserahkan kepada rundingan antara Pengerusi PH Pulau Pinang dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, manakala formula dan perkara dasar bagi memenangi PRN akan dibincang oleh Sekretariat Perpaduan peringkat pusat.

“Sehingga ini sekretariat tersebut yang turut membabitkan PH, BN serta gabungan semua parti terlibat telah pun mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali bagi memastikan wujudnya keserasian Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat,” ujar beliau semasa merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Tasek Gelugor pada Ahad. (gambar atas)

Tegas beliau lagi, disamping itu Konvensyen Kerajaan Perpaduan buat julung kalinya akan turut diadakan pada bulan Mei 2023 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu PH Pulau Pinangb telah berjaya memenangi majoriti dengan gabungan sedia ada iaitu DAP, PKR dan AMANAH.

Manakala Umno menang dua kerusi di Dun Sungai Dua dan Permatang Berangan dan Pas hanya menang kerusi tunggal di Penaga.

Caption Photo :Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzil di Tasek Gelugor pada Ahad.

 

BACA JUGA Dr Mahathir dakwa orang Melayu hilang segalanya lepas dia letak jawatan PM