Apa Mahathir buat hingga Melayu miskin selepas dia tak jadi PM?

Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya, apa yang dia buat selama 22 tahun memerintah negara sehingga menyebabkan selepas beliau berhenti Melayu miskin semula.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam bertanya, apa yang Mahathir buat sehingga equiti orang Melayu hanya kekal 18 peratus selepas 22 tahun dia memerintah.

“Selama Mahathir memerintah, ekuiti orang Melayu 18 peratus pada tahun 1981 dan apabila dia keluar tahun 2003, ekuiti Melayu masih lagi 18 peratus, naik 19 peratus pun tidak.

“Jadi apa yang dia bantu orang Melayu?

“Dia tak bantu tuan-tuan kecuali kroni-kroni dia. Syed Mokhtar (gambar) memang kaya. Orang-orang yang dekat dengan dia memang kaya.

“Anak-anak dia memang kaya.

“Yang dapat manafaat pun hanya Tun Dr Mahathir seorang. Kalau ada pun yang lain, anak-anak dia,” kata Lokman dalam sessi live bersama beliau malam tadi.

Sehingga sekarang salah satu pejabat Mahathir adalah di bangunan Yayasan Al Bukhari bersebelahan Masjid Negara.

Lokman menjawab dakwaan Mahathir bahawa orang Melayu sudah jatuh miskin selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri.

 

HARTA WARISAN

Lokman juga bertanya, apa yang diwarisi oleh Mahathir dari bapanya yang menyebabkan ke empat-empat anak-anaknya menjadi bilionair sekarang.

“Ia berbeza dengan Datuk Seri Najib yang mewarisi bapanya Tun Razak dan ibunya Hajjah Rahah yang mewarisi harta bapanya Tan Sri Noah yang memang kayaraya,” kata beliau.

Mahathir hanya kayakan kroni dan anak-anak dia sahaja, dakwa Lokman Noor Adam.

Namun, katanya, bapa Mahathir kerja apa sehingga mewarisi harta yang begitu banyak kepada anak cucunya.

“Bapa Mahathir ni kerja apa? Ada dua versi, ada yang kata bapa dia jual cendol dan mengikut Mahathir bapanya seorang cikgu.

“Kalau cikgu, Mahathir pun buka Maha Klinik di Kubang Pasu. Dia pun tak berapa nak kenakan bayaran kepada pesakit dia.

“Dari mana ke empat-empat anak Dr Mahathir dapat harta sehingga boleh menjadi bilionair?” tanya beliau.

Sehubungan itu, beliau memberikan ingatan kepada Mahathir agar jangan keluarkan kenyataan bodoh apabila mencabar Datuk Seri Anwar membuktikan beliau membolot harta kekayaan negara untuk keluarga beliau dan anak-anaknya.

“Kerana bila dia keluar kenyataan bodoh, yang nanye anak-anak dia kerana harta anak-anak dia semua boleh disita sebagaimana dia buat ke atas Datuk Seri Najib,” katanya mengimbas kembali tindakan yang dilakukan kerajaan menggunakan Amla atau Anti Money Laundering Act yang membolehkan harta dibekukan jika tidak diketahui puncanya.

Mokhzani bersama salah satu kereta mewahnya.

Menurut Lokman, anak-anak Mahathir adalah bilionair yang mempunyai berpuluh-puluh kereta mewah termasuk jenama Teburon yang harganya berpuluh juta ringgit setiap satu.

“Bagaimana kalau Datuk Seri Anwar menggunakan Amla untuk anak-anak beliau. Saya bimbang mulut celupar beliau itu membuatkan anak-anaknya yang sengsara,” kata Lokman dalam kenyataannya itu.

 

BACA JUGA Dr Mahathir dakwa orang Melayu hilang segalanya lepas dia letak jawatan PM