Selepas Hadi, hari ini anaknya pula langgar titah Sultan Terengganu

Selepas bapanya yang juga Presiden Pas, kini anaknya iaitu Dr Mohammad Khalil Abdul Hadi pula melanggar arahan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu agar ahli politik jangan memberikan kuliah dan khutbah di masjid.

Khalil yang merupakan Adun Batu Buruk memberikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang pagi ini bagi menggantikan ayah beliau, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, MAIDAM bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang merupakan ketua agama negeri telah mengarahkan agar semua Adun atau Ahli Parlimen tidak memberikan kuliah, ceramah atau khutbah Jumaat di mana-mana masjid atau surau di Terengganu.

Melalui kenyataan media itu, semua kepimpinan dan ahli politik tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah, atau pengajaran agama di masjid dan surau dalam negeri Terengganu, kecuali pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran MAIDAM.

Menurut semakan Harapan Daily, sebagaimana Hadi, Dr Mohamad Khalil juga tidak tersenarai sebagai pemegang tauliah mengajar agama dari MAIDAM.

 

Antara kandungan kenyataan media yang dibuat oleh MAIDAM tentang titah Sultan Terengganu namun sehingga kini tidak diendahkan oleh pemimpin utama Pas.

Dalam kenyataan media pada 2 Mac 2023 itu, Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, semua kepimpinan dan aktivis politik juga tidak dibenarkan bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid-masjid di Terengganu.

Menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan, MAIDAM mengambil keputusan tersebut selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan dukacita dengan penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid, serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid tanpa kebenaran daripada MAIDAM.

“MAIDAM memandang serius akan perkara ini dan mengambil keputusan bahawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama di masjid dalam surau dalam negeri Terengganu.

“Semua ADUN, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara tidak dibenarkan bertindak sebagai khatib imam solat Jumaat di Masjid,” kata kenyataan tersebut.

Namun begitu, walaupun Hadi telah memberikan kuliah dan khutbah Jumaat selepas arahan itu dibuat, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dari MAIDAM atau kerajaan negeri Terengganu.

BACA JUGA Walaupun dilarang, Hadi beri kuliah macam biasa di Masjid Rusila

JUGA Nama Hadi Awang tiada dalam senarai penerima tauliah negeri Terengganu