TRM: Menteri bawa data 2021 ke 2022, Sanusi jawab 1933 ke 2023, penin netizen
Jawapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor bahawa tanah rizab Melayu (TRM) di Kedah tidak berkurang sebagaimana di dakwa Nik Nazmi Nik Ahmad memeningkan kepala rakyat negara ini khasnya netizen.
Ini kerana, Sanusi membandingkan data sekarang (2023) berbanding data 1933 ketika zaman penjajahan British di negara ini.
Sedangkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu berkata sebelumnya, pengurangan TRM berlaku di Kedah berbanding tahun 2022 dengan tahun sebelumnya iaitu tahun 2021.
Menurut Nik Nazmi, TRM Melayu menurun di Kedah pada tahun 2022 iaitu sebanyak 5,351.65 hektar berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu 2021.
Beliau berkata, selain di Kedah dan sedikit di Wilayah Persekutuan, TRM tidak berkurangan di negara ini secara keseluruhannya.
Namun Sanusi dalam jawapan berkata, TRM semakin meningkat di Kedah berbanding tahun 1933.
“Bermula dari tahun 1933 hingga 19 Januari 2023, jumlah keluasan Tanah Rezab Melayu yang dicabut keluar adalah sebanyak 4,751.37 hektar, namun ia diganti balik dengan tanah seluas 5,160.03 hektar.
“Ini menjadikan keluasan Tanah Rezab Melayu di Kedah pada Januari 2023 ialah seluas 721,905.61 hektar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ini membuatkan netizen menempelak Sanusi dan penyokongnya.
“Menteri baca data berlaku penurunan keluasan Tanah Rizab Melayu di Kedah pada 2021-2022… Mai Sanusi dia nafi dengan banding tahun 1933… Penyokong dia bersorak bagai nak rak…,” tulis Ana Tahu, akaun facebook yang amat popular di kalangan pembaca Melayu.
Percubaan penyokong Sanusi untuk mempertahankan beliau teruk diserang oleh para netizen yang lain.
Penyokong Sanusi, Mdzza Zaman menulis, “Puasa jangan menipu, Dol Dah jawab dah…Kenapa tak tanya Anwar berapa TRM yang tinggal di Pulau Pinang?”
Beliau memberikan keratan berita (sebelah) jawapan Sanusi yang memaparkan berita Sanusi membanding TRM di Kedah pada Januari 2023 berbanding tahun 1933.
Sedangkan perbandingan yang dibuat oleh Menteri Nik Nazmi adalah antara 2021 ke 2022 di mana Kedah mengalami pengurangan TRM paling banyak.
Ekoran itu, dakwaan dan penjelasan Mdzza itu mendapat 63 reaksi dari netizen dan jawapan balas beliau sendiri.
Shafiq Na’im menulis, “Pening kenapa perlu compare dari tahun 1933 sampai 2023. Bukan YB Sanusi jadi MB masa tempoh ni. Menteri bagitahu pengurangan TRM tu berlaku dari tahun 2021-2023 yang mana tahun specific semasa dia pegang jawatan MB Kedah. Yang tu la kena jawab.”
Ronny Brandon pula menulis, “Bersorak tu macam menang bola, this is an valid example of extreme stupidity.”
BACA JUGA Tanah Rizab Melayu di Kedah berkurang lebih 5,000 hektar hanya dalam setahun
JUGAÂ Tanah Rizab Melayu tidak berkurangan kecuali di Kedah
DAN JUGA Sanusi MB Lato-Lato