ADUN Klawang sumbang RM5,000 bina Laman Minda Sihat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang menyumbang RM5,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj (SMKDUMA) Kuala Klawang.

Datuk Ir.Bakri Sawir berkata, usaha murni itu bagi tujuan membina Laman Minda Sihat sebagai kemudahan untuk aktiviti sihat pelajar sekali gus mengurangkan tekanan emosi.

“Terdapat sudut permainan, bacaan dan kolam air pancut yang menyegarkan suasana.

“Guru-guru dan pelajar dapat memberi fokus di dalam urusan kehidupan dan akhirat.

“Saya berharap agar guru-guru dan pelajar dapat memberi fokus di dalam urusan kehidupan dan akhirat,” dipetik dari Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, terdapat tujuh amalan baik seperti digariskan pendidik Amerika Syarikat (AS), Stephen Covey.

Salah satunya, kata beliau, ‘begins with the end in mind’ yang bermaksud, perlunya perancangan ke hadapan apa yang ingin dicapai dengan membuat persediaan daripada sekarang.

Inisiatif yang dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Asas Tani itu selaras dengan hasrat yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Dalam pembentangan belanjawan negeri, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta untuk bantuan pembangunan sekolah di negeri itu.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM12 juta bagi tujuan pendidikan antaranya Biasiswa Anak Negeri, Tabung Penyelenggaran Sekolah dan Bantuan Anak Sekolah.

BACA JUGA Negeri Sembilan komited majukan tanah terbiar