Rupanya Anwar ceramah di masjid ketika melawat Kemboja

Tindakan para penyokong Pas dan Perikatan Nasional (PN) menghina dan mencaci Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak ada tauliah mengajar agama tetapi boleh berceramah di masjid akhirnya terbongkar sebagai berita fitnah dan palsu.

Ini kerana, gambar yang menunjukkan PM Anwar berceramah di sebuah masjid itu bukannya di dalam negara ini tetapi berlaku di sebuah masjid di Kemboja bernama Masjid Beng Kok.

“Masa Anwar Ibrahim bertausiyah tanpa tauliah kat masjid ni.. saya berada di saf yang hadapan.. pakai baju Melayu merah tu.. hensem tak saya?

“Di Masjid al Sarkal, Phnom Penh, Kemboja atau dikenali sebagai Masjid Beng Kok,” tulis Azhar Abdul Shukur, bekas calon Pakatan Harapan di Marang, Terengganu.

Azhar menunjukkan gambar beliau dalam majlis Anwar di sebuah masjid di Kemboja.

Azhar yang mencabar Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk kerusi Parlimen Marang ketika itu berada dalam rombongan PM Anwar melawat Kemboja.

Para penyokong Pas menyebarkan fitnah kononnya PM Anwar bebas berceramah dan memberikan kuliah di masjid sedangkan beliau tidak mempunyai tauliah.

Yang lebih sedih lagi PM Anwar, Anwar didakwa bercakap bohong di masjid.

“Ulama kena ada tauliah nak bercakap kat masjid untuk ajak manusia kepada Allah, menegur mungkar dan maksiat.

“Tapi insan ni bebas bercakap di masjid walau selalu cakap bohong,” tulis seorang yang menggunakan akaun Green Apple@Epalhij59 ketika berkicau di Twitter sambil meletakkan gambar PM Anwar sedang memberikan ucapan di dalam sebuah masjid.

Ia kemudiannya dikongsi oleh rakan beliau yang menggunakan akaun bernama MacGorjes@Tenangsajo.

“Kata orang politik tak boleh bagi ceramah kat masjid. Kita boleh, orang lain tak boleh,” katanya, padahal yang membuat arahan agar orang politik tidak boleh berceramah di masjid ini adalah para ketua agama negeri-negeri iaitu sultan dan raja-raja Melayu.

 

BACA JUGA ‘Kuasa adalah amanah bukan keistimewaan’

JUGA Orang politik jangan jadikan masjid pentas ceramah, kempen – Sultan Selangor