Polis cari Roslizal Razali bantu siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencari seorang lelaki bernama Roslizal Razali yang dipercayai dapat membantu siasatan di bawah Kanun Keseksaan.

Menurut satu notis yang dikeluarkan oleh ACP Skandaguru Ananda, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman malam tadi, orang yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi polis.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar di talian 016-4469473 atau 03-22666071.

“Penama dikehendakli bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata kenyataan media yang dikeluarkan itu.

Roslizal adalah lelaki yang dipercayai menggunakan nama Reza Razali sebagai nama dalam akaun Twitter.

Beliau dipercayai banyak membuat posting yang bersifat menghasut dan memfitnah yang boleh menimbul ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Notis yang dikeluarkan oleh Bukit Aman.

 

BACA JUGA Siasatan ke atas Hakim Nazlan Ghazali bawah bidangkuasa kehakiman

JUGA Eksekutif jangan buat kesimpulan mudah siasatan SPRM terhadap hakim – KANUN