Surat Azalina kepada peguam tidak diluluskan kabinet

Surat yang dikemukan oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkenaan kesimpulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali tidak diluluskan oleh kabinet.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan perkara ini semasa sidang media pagi ini.

“Tak pernah dibincangkan dalam kabinet. Mesyuarat kabinet Rabu ini. Saya belum tahu lagi apa akan dibincangkan,” kata Loke.

Shafee ialah peguam mantan perdana Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun. Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Nazlan. Nazlan juga mengenakan denda RM210 juta.

Azalina telah dilaporkan mengutuskan surat kepad Shafee berkenaan di atas pada 6 April. Beliau mengesahkan bahawa siasatan SPRM mendapati bahawa ada konflik kepentingan di pihak Nazlan.

Loke turut mengesahkan bahawa pendirian Umno untuk memohon pengampunan diraja bagi pihak Najiab tidak dibincang di kabinet.

“Untuk berlaku adil kepada menteri Umno, ia tidak pernah dibawa ke kabinet.

“Jadi itu bukan pendirian kabinet, tetapi pendirian parti,” katanya.

Loke turut mengumumkan usia maksima penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-panggilan dilanjutkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun, berkuatkuasa dari 1 Januari 2023.

Peningkatan had ini hanya terpakai untuk kenderaan di Semenanjung Malaysia.

Ujian teori bagi pengambilan Lesen Vokasional untuk kategori Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) turut dimansuhkan,

BACA JUGA: Siasatan ke atas Hakim Nazlan Ghazali bawah bidangkuasa kehakiman