Kempen tukar Ketua Pembangkang semakin rancak
Kempen agar pembangkang menukar ketua mereka di Dewan Rakyat berikutan Ketua Pembangkang yang ada, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak berminat untuk menjalankan tugas itu kini semakin rancak dibuat.
Sehingga kini, dua nama yang dicadangkan untuk menggantikan Hamzah adalah Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) atau Datuk Khlir Bin Mohd Nor (Pas – Ketereh).
(GAMBAR ATAS: Shahidan dan Khlir, 2 MP PN yang dicadangkan ganti Hamzah)
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pernah menyebut secara bersahaja bahawa Arau (Shahidan) adalah calon Ketua Pembangkang yang baik.
Dalam sidang Parlimen baru-baru ini, Hamzah didapati gagal untuk hadir ke Dewan Rakyat pada setiap kali sessi Masa Pertanyaan untuk Perdana Menteri (PMQT) dan jika hadir pun lewat dan tidak membuat sebarang pertanyaan untuk mencabar kenyataan PM Anwar.
Dalam tujuh sessi yang berlangsung dalam sidang yang lepas, turut tidak hadir ke Dewan Rakyat adalah Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Paguh) dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang).
Bekas Ahli Parlimen lebih 40 tahun. Lim Kit Siang turut membangkit perkara ini dalam satu kenyataan beliau.
Menurut beliau, kegagalan besar Hamzah sebagai Ketua Pembangkang adalah gagal untuk hadir ke Dewan Rakyat dan mencabar segala hujjah Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara berdepan.
Bekas Ketua Pembangkang itu berkata, selain tidak datang langsung sebagaimana Hadi dan Mahiaddin, Hamzah juga lewat masuk jika hadir pun semasa PMQT.
Hamzah silap kerana “Dia gagal memberikan semak dan imbang semasa PMQT yang berjalan selama setengah jam itu,” kata Kit Siang.
Seorang aktivis Twitter yang menggunakan akaun ArwahJemin menulis “Cadangan untuk tukar Ketua Pembangkang yang baharu memandangkan Larut, Pagoh dan Marang tak berminat pun sebenar” telah mendapat perhatian ramai.
Lebih 100,000 telah melihat ciapan ini dan hampir 800 telah menyebarkan ciapan ini dan hampir 500 menyukainya.
Para Ahli Parlimen turut mengulas cadangan itu.
Selain tidak hadir semasa PMQT, Hamzah juga terpalit dengan isu penyelewengan apabila anaknya didakwa kerana melanggar peraturan berkaitan dengan minyak masak subsidi.
BACA JUGA ‘Mereka pembangkang tidak bertanggungjawab’, Sany tempelak MP PN ‘ghaib’ sesi PMQ
JUGA Hadi, Mahiaddin, Hamzah berani menyalak di luar, tapi lari semasa PMQT
Â