Sanusi berkelahi saja lebih, pencapaian Kedah tidak ke mana

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor nampaknya menjadi pemimpin negeri Pas yang paling banyak dicemuh orang ramai.

Tidak seperti Menteri Besar yang lain dari Perikatan Nasional (PN), Sanusi dilihat kerap berkelahi dengan banyak pihak hinggakan pencapaian negeri ditadbirnya tidaklah ke mana.

Selain berterusan berbalah dengan kerajaan Persekutuan, umum mengetahui dia yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak ‘sebulu’ dengan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah, tahun lalu Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mencabar Sanusi mendedahkan nama individu yang digelarnya sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak Malaysia.

Sanusi dilihat sebagai MB Pas paling mengundang kontroversi yang tidak membantu kemakmuran ekonomi negeri.

Kenyataan berbaur kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan oleh Pengerusi PN Kedah itu juga bersifat fitnah seperti terbukti yang dilakukanya pada tahun 2019.

Dalam kes saman fitnah berkaitan Datuk Wira Mahfuz Omar, Sanusi minggu lalu diperintah Mahkamah Rayuan supaya membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tidak cukup itu, Sanusi juga pada kempen PRU15 tahun lalu menjaja fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Perdana Menteri kemudiannya memfailkan saman.

Walhal, kegagalan Sanusi membawa kemajuan kepada Kedah turut terbukti apabila dihambat defisit belanjawan melebihi 14 peratus meskipun sudah tiga tahun menerajui negeri itu.

Penglibatan beberapa syarikat dalam penerokaan unsur nadir bumi di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik pula menimbulkan pelbagai persoalan.

Padahal, pada 21 Februari lalu di Dewan Rakyat, Kedah memohon jumlah pampasan mencecah RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan lantaran kononnya berkorban tidak membangunkan kawasan tanah yang luas termasuk membalak.

Justeru, Sanusi sohor di media sosial termasuk sindiran warganet terhadap pengundi Kedah yang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu pada PRU15 lalu.

“Urus bola bergaduh dengan orang. Team tak ke mana bergaduh saja lebih. Urus negeri bergaduh dengan pusat. Negeri tak ke mana bergaduh saja lebih.

“Cubalah cerita kemajuan membangun negeri, malulah ada MB macam ni.

“Hang (Sanusi) tak banyak kes mahkamah tapi semua kes fitnah hang kalah.

“Patutlah kena bayar RM120,000 kepada Mahfuz. Pasal mulut capoi (celopar) sangat.

“Hujahlah apa yang dibangkitkan dengan kebijaksanaan diri bukan serang peribadi. Institusi MB tak boleh macam tu. Kena cakap profesional. Kes fitnah timbul sebab salah sendiri. Cakap tak bertapis,” demikian antara pendapat orang ramai di media sosial.

 

BACA JUGA Sanusi patut cari titik persefahaman bukan terus keruhkan keadaan

Â