Nyahrahsiakan tiga laporan, batalkan pengharaman The Golden Son of the Kadazan

Kabinet patut mencipta sejarah esok dengan melaksanakan empat perkara – nyahrahsia laporan CEP, IRC, dan jawatankuasa khas pengurusan pekerja asing, batalkan pengharaman buku “The Golden Son of the Kadazan”.

Kabinet patut mencipta sejarah esok dengan melaksanakan empat perkara, nyahrahsia laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC), dan laporan jawatankuasa khas pengurusan pekerja asing Hishammuddin Yunus serta membatalkan pengharaman buku Bernard Sta Maria, “The Golden Son of the Kadazan”.

Saya mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa dia akan memegang prinsip bahawa maklumat tidak patut disorokkan dari rakyat dan dia akan membawa isu penerbitan laporan CEP dan IRC kepada Kabinet untuk diputuskan.

Pembatalan pengharaman buku Bernard, “The Golden Son of the Kadazan” juga akan satu menjadi pengiktirafan yang dialu-alukan terhadap semangat patriotisme Malaysia seorang anak Malaysia dan Kadazan, Peter Mojuntin.

Penerusan pengharaman buku ini hanya akan mencemarkan nama baik dan jasa Peter Mojuntin yang telah terkorban dalam tragedi nahas Double-Six Nomad hanya 52 hari selepas Parti Berjaya yang diterajui Peter menumbangkan USNO dan Tun Mustapha dan menyelamatkan Malaysia dari satu krisis.

Sekiranya tragedi nahas Double-Six Nomad ini tidak terjadi, Peter mungkin berjaya menyelamatkan Sabah dari tragedi yang lain.

Pada masa yang sama juga, tidak ada sebab terus merahsiakan laporan oleh jawatankuasa bebas khas mengenai pengurusan pekerja asing yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hishammuddin Yunus, dan penerbitan laporan oleh jawatankuasa ini akan menyumbang kepada penyelesaian mengenai masalah yang telah berlanjutan selama ini.

———————————-

LIM KIT SIANG ialah pemimpin DAP veteran dan mantan ahli parlimen Iskandar Puteri

BACA JUGA: Batalkan pengharaman buku “The Golden Son of the Kadazan”