Fahmi muncul dengan telefon meriahkan iklan raya RTM
Iklan raya Radio dan Televisyen (RTM) tahun ini dianggap paling ‘cool’ apabila menyaksikan buat julung kalinya penampilan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
Menerusi iklan berdurasi empat minit 36 saat itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilihat muncul pada minit 1:13 hingga minit 1:20.
Walaupun cuma tujuh saat, namun babak Ketua Penerangan PKR berkenaan menjawab panggilan telefon dalam iklan itu ketika sidang media mencuri tumpuan.
Adegan menteri berkenaan seolah-olah memainkan semula telatah beliau ketika sidang akhbar pertamanya selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan.
Tahun lalu, aksi spontan Fahmi menjawab panggilan telefon semasa berlangsungnya sidang media dikendalikannya menjadi bualan dan usikan ramai.
Ada yang menganggap kelakuannya ketika itu lucu, dan tidak kurang juga menganggap tingkah laku menteri kali pertama itu sangat tidak sesuai.
Namun, rata-rata orang ramai menyatakan rasa terhibur dengan kemunculan tidak disangka-sangka menteri berkenaan dalam iklan RTM sempena Aidilfitri kali ini.
BACA JUGA Ramai gembira PM umum cuti tambahan Aidilfitri tapi walaun pula tak puas hati
Â