Anwar: Eratkan hubungan, selamatkan negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan hasrat agar rakyat Malaysia mengereratkan hubungan dan menyelamatkan negara tercinta dalam video ucapan Aidilfitri beliau.

Katanya menerusi perkara tersebut rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni dan mengangkat semula martabat negara.

“Sempena sambutan ini yang diraikan oleh semua umat Islam di negara kita dan seluruh dunia, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

“Mari kita kuatkan semangat, kesatuan rakyat Malaysia, membangunkan negara, menyelamatkan negara dan memulakan daripada diri kita setelah Ramadan Kareem kita membersihkan diri, jiwa kita supaya mengangkat martabat keluarga kita, masyarakat kita, negara kita sebagai satu kesatuan,” kata Anwar.

Pemimpin nombor satu negara itu berkata demikian menerusi video berdurasi seminit 20 saat yang dimuat naik di semua laman media sosialnya malam tadi.

Video yang dikongsi oleh ramai pihak turut memaparkan Anwar memberi lemang dari rakyat biasa.

Meskipun lemang merupakan hidangan masyarakat Melayu ia kini sinonim dengan segenap lapisan masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum, etnik dan agama.

Secara simboliknya lemang boleh dilihat sebagai satu perkara yang menyatukan rakyat Malaysia sebagai mana yang dilihat oleh Anwar menerusi idea Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh beliau sebagai kerangka untuk membawa Malaysia untuk menongkah masa depan yang cemerlang.

BACA JUGA: Ramai gembira PM umum cuti tambahan Aidilfitri tapi walaun pula tak puas hati