Warga maya bersyukur kerana pentadbiran PH

“Dulu aku duduk di Selangor tak pernah pun bayar bil air. Terima kasih kerajaan Selangor”.

Itulah ungkapan yang diberikan warga maya Malaysia terhadap usaha kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk membantu rakyatnya.

Ribuan respon positif warga maya terhadap manfaat diterima di negeri-negeri pimpinan PH: Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Berdasarkan maklum balas, warga netizen mengalu-alukan dan memuji tindakan kerajaan negeri PH melalui pelbagai inisiatif yang telah memberikan manfaat terbanyak buat penduduk di ketiga-tiga negeri tersebut.

Selangor di bawah PH prihatin rakyat

Semuanya bermula apabila seorang pemilik akaun Twitter dengan nama @Mat_Jaket menciap perkongsian segala manfaat dan bantuan yang pernah diterima atau dinikmati di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PH.

PH mentadbir Selangor sejak tahun 2008, kebanyakan penduduk di negeri itu begitu selesa dengan pentadbiran gabungan itu yang prihatin dengan masalah rakyat.

Seorang pengguna Twitter bernama @asxrvf mengakui kerajaan pimpinan PH Selangor telah banyak membantu dirinya sejak tahun 2008 lagi.

Menurutnya, pelbagai manfaat yang telah dimanfaatkan olehnya sepanjang tempoh itu antaranya air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE), insentif dan bantuan perkahwinan melalui Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) dan termasuk kelahiran anak menerusi program Iltizam Anak Selangor.

“Terlalu ketara perbezaan pentadbiran di bawah PH berbanding pentadbiran sebelum itu. Alhamdulillah untuk nikmat kerajaan yang menjaga rakyat,” ciapnya.

Seorang ayah yang mempunyai anak istimewa menggunakan nama @enchekYusri pula menyifatkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) adalah amat bagus dan prihatin untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anaknya.

“Membantu sangat-sangat dan kami menghantar anak ke terapi pertuturan di pusat swasta,” ciapnya memberikan respon positif.

Untuk rekod, program ANIS yang diwujudkan sejak tahun 2008 adalah bertujuan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.

Penerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara sekali beri dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

Islam tidak terancam

Pada masa yang sama, seorang warga Pulau Pinang bernama @ChafrulC kagum dan memuji tindakan kerajaan negeri itu yang begitu prihatin dalam menangkis dakwaan pembangkang bahawa agama Islam terancam di sana.

“Kerajaan PH memang terbaik dengan pembangunan yang cantik dan teratur. Masjid tak payah katalah kerana semua lawa-lawa ditambah pula dengan peruntukan yang banyak. Azan Subuh dua kali dan ceramah di masjid pakai speaker luar tiada masalah,” ciapnya.

Seorang lagi pengguna Twitter yang merupakan penduduk di Negeri Sembilan, @EppyFizol turut berkongsi pengalaman ketika rumahnya dilanda bencana ribut.

“Kerajaan Negeri Sembilan sangat cakna dengan segala permasalahan yang menimpa warganya. Terima kasih kerana telah banyak membantu dengan bantuan segera termasuk turun padang menziarahi kami sekeluarga,” ujarnya lagi.

BACA JUGA: Sijil Audit Negara bukti keupayaan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan

Â